Mayfair School of English
Sekolah
Mayfair School of English ialah sebuah sekolah kecil yang mesra di pusat London. Kami telah berjaya membantu penuntut-penuntut dari serata dunia untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan mengguna masa mereka di London sepenuhnya semenjak tahun 1986 lagi. Kami mendapat tauliah daripada British Council dan adalah anggota English UK.
Kursus-Kursus
Matlamat kami ialah supaya setiap orang penuntut kami mencapai kebolehan mereka sepenuhnya untuk memperbaiki lagi Bahasa Inggeris mereka dan juga untuk menikmati masa mereka di London. Semua kursus kami disusun untuk dua tujuan ini.
Bahasa Inggeris Am: kelas-kelas ini dibuka sepanjang tahun dan menawarkan latihan dalam kemahiran penyebutan, nahu dan pemasukan perbendaharaan kata dan kecekapan-kecekapan bertutur, membaca dan mendengar. Setiap kelas mempunyai pelbagai jenis kegiatan sesuai untuk berbagai-bagai jenis penuntut dan kami mempastikan supaya terdapat pergaulan antara penuntut-penuntut dari pelbagai negara dalam setiap kelas.
Persiapan untuk peperiksaan Cambridge: kursus-kursus ini memberikan semua yang anda perlu untuk berjaya dalam IELTS, Sijil Pertama Cambridge, tahap Maju (Advanced) atau Kecekapan (Proficiency).
Bahasa Inggeris Untuk Bisnes: kursus-kursus ini boleh disusun khas sesuai dengan keperluan pelanggan.
Bimbingan Satu-Sama-Satu: memberikan tumpuan pakar untuk memenuhi keperluan-keperluan perseorangan.
Program Sosial
Kami menawarkan lebih daripada pelajaran-pelajaran Bahasa Inggeris. Sekolah kami mempunyai program sosial yang ceria supaya anda sibuk dengannya sepanjang minggu.
Kelab Perbualan - Hari Selasa: bertemu dengan penuntut-penuntut dan guru-guru dari kelas lain dan berbual tentang tajuk-tajuk minat anda.
Kelab Sebutan - Hari Rabu: latihan bahagian sebutan-sebutan perkataan yang rumit dalam kegiatan-kegiatan yang menarik dan dapatkan petunjuk daripada guru-guru.
Kelab Filem - Hari Khamis: tonton filem baru setiap minggu sambil makanan ringan disediakan dan kemudian bercakap tentang filem itu bersama penuntut-penuntut dan murid-murid lain.
Acara-acara sosial - Hari Jumaat: mulakan hujung minggu dengan bergaya bersama salah satu daripada lawatan-lawatan atau acara-acara sosial kami, termasuklah lawatan ke muzium, lawatan-lawatan berpandu ke tempat-tempat di London, pergi menonton pertunjukan pentas di panggung atau pergi keluar minum dan menari di salah sebuah kelab malam di London. Setiap minggu kami adakan program berlainan untuk semua kegemaran!
Tempat tinggal
Mencari satu tempat tinggal yang baik dalam sebuah bandar yang baru boleh membawa banyak masalah tetapi kami akan memudahkan usaha ini untuk anda. Mayfair School boleh mengaturkan tempat tinggal yang bertahap setingginya mengikut keperluan anda. Kami boleh mencari sebuah rumah pangsa kecil atau studio apartment di pusat London untuk anda, atau anda boleh tinggal bersama sebuah keluarga tuan rumah di mana anda boleh berlatih mengguna Bahasa Inggeris anda dan belajar tentang budaya Inggeris. Kami akan mencari tempat yang sesuai untuk anda!
London
Satu kursus di sekolah kami itu lebih daripada hanya serangkai pelajaran; ia merupakan satu peluang untuk bertemu dengan orang dari pelbagai negara dan menikmati salah sebuah bandaraya teragung di dunia – London. Seorang yang bijak pernah berkata “Apabila seseorang itu jemu dengan London, dia sudah jemu dengan hidup; kerana di London terdapat semua yang mampu dicari dalam hidup.” *
Datanglah ke London untuk belajar bersama kami dan kami akan tunjukkan kepada anda betapa benarnya kata-kata ini! Di Mayfair School kami harap anda bukan saja akan dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik, tetapi anda juga akan pulang dengan banyak kenangan hebat dan persahabatan-persahabatan yang akan kekal sepanjang hidup.
Hubungan
Untuk tempat tinggal: accommodation@mayfairschool.co.uk
Untuk pendaftaran kursus dan pertanyaan: enquiries@mayfairschool.co.uk
Untuk pertanyaan agen: agents@mayfairschool.co.uk
Telefon: 02074379941 Faks: 02074943611
*Samuel Johnson, penulis kamus terulung Inggeris yang pertama, tahun 1777.
Jadi seorang agen Mayfair School of English
Mayfair School of English ialah sebuah sekolah kecil mesra yang ditauliahkan oleh British Council di pusat London. Kami telah membantu penuntut-penuntut dari seluruh dunia dengan jayanya untuk memperbaiki lagi Bahasa Inggeris mereka dan mengguna masa mereka di London dengan cara terbaiknya semenjak tahun 1986. Kami mempunyai tauliah daripada British Council, Association of Business Executives (ABE) and the Confederation of Tourism and Hospitality (CTH). Kami juga anggota English UK dan dalam peperiksaan terakhir untuk Accreditation UK pada bulan November 2009, kami telah dianugerahkan tiga mata kecemerlangan oleh British Council.
Matlamat kami ialah supaya setiap seorang daripada penuntut kami mencapai tahap kebolehan mereka yang tertinggi di bidang pelajaran sambil menikmati masa mereka di London dan semua kursus kami disusun dengan tujuan ini. Kelas-kelas Bahasa Inggeris kami dibuka sepanjang tahun dan termasuklah Bahasa Inggeris Am (General English), FCE, CAE, CPE dan kursus-kursus persiapan untuk dua talian peperiksaan IELTS. Setiap kelas mengandungi banyak kegiatan yang luas untuk memenuhi keperluan semua jenis penuntut dan kami menjaminkan supaya ada pergaulan penuntut antarabangsa yang tulin dalam setiap kelas.
Baru-baru ini kami telah meluaskan lagi bidang akademik kami lebih daripada EFL untuk merangkumi kursus-kursus ke arah universiti di bidang Pengurusan Bisnes (Business Management dan Pengurusan Pelancongan dan Bidang Tuan Rumah (Tourism and Hospitality Management). Ditauliahkan oleh ABE dan CTH, kursus-kursus Sijil, Diploma dan Diploma maju ini membuka jalan yang kos-berkesan ke arah pencapaian ijazah universiti di UK.
Sekolah kami menawarkan satu daripada program-program sosial yang bertenaga di London, termasuklah Kelab Perbualan, Kelab Sebutan, Kelab Filem yang percuma dan satu acara sosial luar sekolah yang berlainan setiap minggu. Jumlahnya seorang penuntut itu dapat lebih daripada 6 jam masa perhubungan yang percuma bersama seorang yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Inggeris. Sila lihat laman web kami untuk mendapat butir-butirnya:
http://www.mayfairschool.co.uk/social_programme.html
Mayfair School boleh mengaturkan tempat tinggal pada tahap setingginya sesuai dengan keperluan penuntut-penuntut anda. Ini berbeza daripada sebuah rumah pangsa kecil (studio apartment) di pusat London sehinggalah kepada sebuah keluarga tuanrumah yang baik, di mana mereka boleh berlatih mengguna Bahasa Inggeris mereka dan belajar tentang budaya Inggeris. Kami akan mencari tempat yang sesuai untuk anda dan penuntut-penuntut anda!
Mayfair School ingin sekali mendapat hubungan daripada agen-agen yang baik di seluruh dunia yang ingin membuat pertalian dengan pembekal yang bermutu di bidang pendidikan di United Kingdom dan kami telah membentuk pelbagai peralatan untuk galakan dan sokongan untuk membantu agen-agen yang sudah mantap atau yang baru berkembang.
Jika anda mahu berbincang tentang menjadi seorang agen untuk Mayfair School of English Ltd atau mahu mendapatkan maklumat lebih tentang kursus-kursus kami, pelbagai pilihan untuk tempat tinggal, sistem-sistem kemasukan, atau faedah-faedah yang kami berikan kepada agen-agen, kirimlah emel kepada pasukan pembantu agen kami. Anda boleh menghubungi mereka di alamat emel ini:
Kami menunggu untuk mendengar daripada anda!






